Tuesday, 12 April 2016

BOLA BALING


BOLA BALING

Permainan bola baling yang berasal dari Eropah merupakan modifikasi permainan Czeska Hasenka di republik. Di malaysia, permainan ini diperkenalkan pada tahun 1977. Negeri Selangor merupakan negeri pertama yang menubuhkan Persatuan Bola Baling Olimpik, iaitu pada tahun 1981.


Bola Baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur. Permainan ini ialah permainan berpasukan yang melibatkan 14 orang pemain dengan bilangan tujuh orang sepasukan. Kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain-pemain bola baling ialah kemahiran membuat hantaran, menangkap bola, menggelecek, mengacah, menghadang, menjaring dan menjaga gol.



KEMAHIRAN HANTARAN

Hantaran ialah kemahiran asas permainan bola baling. Pemain bola baling menggunakan sekurang kurangnya tujuh kemahiran asas hantaran.

a) Hantaran Atas Kepala 

Hantaran atas kepala ialah hantaran tinggi dan jauh. Jenis hantaran ini sukar dipintas sekat oleh pihak lawan. Latihan kemahiran untuk hantaran jenis ini ialah :
  • Tegakkan kedudukan badan, dengan keda dua belah kaki dijarakkan.
  • Pegang bola dengan sebelah tangan di belakang kepala sambil fleksikan siku.
  • Ayun tangan yang memegang bola dari belakang ke hadapan melintasi kepala.
  • Lepaskan bola dan ikut lajak.
b) Hantaran Lantun

Hantaran lantun digunakan untuk mengelirukan pihak lawan dengan membuat hantaran secara mengejut. Latihan kemahiran untuk hantaran jenis ini ialah :
  • Kedudukan badan dalam keadaan sedia.
  • Pegang bola dengan kedua dua belah tangan pada aras dada.
  • Mata sentiasa memandang arah sasaran bola.
  • Tolak bola ke bawah untuk melantun ke hadapan atau sisi.
c) Hantaran Lompat

Hantaran ini biasanya digunakan oleh pemain untuk menjaringkan gol atau mengelirukan pihak lawan. Latihan kemahiran unuk hantaran jenis ini ialah :
  • Berlari beberapa langkah dan melonjak dengan sebelah kaki sambil memegang bola.
  • Tolak bola ke hadapan dan ke atas dengan membuat rotasi di bahagian pinggang.
  • Mendarat sambil badan dibongkokkan untuk menyerap daya.
d) Hantaran Aras Dada

Hantaran aras dada digunakan untuk hantaran jarak dekat tetapi pantas. Hantaran ini akan lebih berkesan apabila dilakukan oleh dua pemain yang membuat lari pecut dalam serangan. Latihan kemahiran untuk hantaran jenis ini ialah :
  • Kedudukan badan dalam keadaan sedia.
  • Pegang bola dengan kedua dua belah tangan rapat pada paras dada dengan cara mencekaknya dan siku difleksikan.
  • Tolak bola ke hadapan sambil tangan diluruskan.

KEMAHIRAN MENANGKAP

Kemahiran menangkap bola boleh dilakukan sama ada dengan kedua dua belah tangan atau sebelah tangan dari pelbagai aras. Tujuan menangkap bola adalah untuk mengawal dan menguasai permainan.

a) Menangkap Bola dengan Kedua dua Belah Tangan
  • Kedudukan badan dalam keadaan sedia.
  • Kedua dua tapak tangan dibuka dan dihulurkan ke arah bola.
  • Sentiasa memandang arah laluan bola 
  • Serkap dan bawa bola rapat ke dada untuk seap daya.
  • Imbangkan kedudukan badan.

KEMAHIRAN MENGELECEK DENGAN BOLA

Menggelecek bermaksud pergerakan kaki pada pelbagai arah sambil melantun. Tujuan menggelecek adalah untuk membolehkan pemain bergerak dengan bola dari satu tempat ke tempat yang lain. Latihan kemahiran ini melibatkan :
  • Lantunkan bola dengan jari dibuka pada aras pinggang.
  • Badan dicondongkan sedikit ke hadapan.
  • Kedudukan kaki digerakkan mengikut pergerakan badan.

KEMAHIRAN MENGACAH

Mengacah ialah pergerakan untuk mengelirukan pihak lawan dalam usaha mendapatkan peluang menyerang pasukan lawan. Terdapat dua cara mengacah iaitu mengacah tanpa bola dan mengacah dengan bola. Latihan kemahiran yang perlu diikuti ialah :
  • Rendahkan kedudukan badan.
  • Berat badan dipindahkan dari kaki kanan ke kaki kiri mengikut pergerakan.
  • Tangan diayun mengikut pergerakan kaki.

KEMAHIRAN MENGADANG

Mengadang ialah kemahiran mengawal pergerakan pihak lawan daripada menyerang. Tujuannya adalah untuk melambatkan pergerakan dan mengehadkan ruang serangan pihak lawan. Latihan kemahiran yang perlu diikuti ialah :
  • Depakan tangan pada pelbagai aras mengikut situasi.
  • Kedudukan badan seimbang.
  • Mata sentiasa mengawasi pergerakan lawan.
  • Bergerak mengikut arah pergerakan lawan.

KEMAHIRAN MENJARING

Kemahiran menjaring gol bermaksud perlakuan memasukkan bola ke gawang. Tujuan menjaring adalah untuk mendapatkan mata kemenangan. Variasi menjaring adalah seperti jaringan dari atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan lompat dan jaringan junam.

a) Jaringan Lompat

Jaringan lompat ialah menghantar bola ke gawang sambil melompat. Latihan kemahiran yang perlu diikuti ialah :

  • Bergerak dua langkah ke hadapan sambil memegang bola dengan sebelah tangan.
  • Pada langkah terakhir, lonjak tinggi ke hadapan sambil merejam bola ke gawang.
  • Mendarat dengan kedua dua belah kaki sambil merendahkan badan untuk menyerap daya.
b) Jaringan Junam

Jaringan junam dikenali sebagai jaringan jatuh kerana penjaring akan menjatuhkan badannya sebaik sahaja membuat rejaman. Tujuan jaringan junam adalah untuk mendapatkan jarak jaringan yang lebih hampir dengan gol. Latihan kemahiran yang perlu diikuti ialah :
  • Gunakan kuasa pada sebelah kaki sambil memgang bola dengan sebelah tangan.
  • Lonjak ke udara, lemparkan badan ke dalam kawasan gol.
  • Mendarat dengan menyerap daya di bahagian sisi atas badan dan ikut lajak dengan menggulingkan badan.




6 comments:

  1. Apakah kepentingan daya untuk menghasilkan sesuatu jaringan?

    ReplyDelete
  2. Apakah kepentingan daya untuk menghasilkan sesuatu jaringan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputihan saya untuk menghasilkan sesuai jaringan ialah seperti jaringan atas kepala,jaringan dari bawah lengan,jaringan lumpat dan jaringan junam.

      Delete